BUFET RAMADAN : SANTAPAN UMMIS HIJAU KASTURI
Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024 akan datang.
Dibuka setiap hari dari 6.30 petang hingga 9.00 malam di Lokasi : G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.
Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.
“Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi.
Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
EARLY BIRD
Untuk promosi ‘early bird’ harga RM 50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024.
HARGA ASAL
Harga normal akan dicaj sebanyak RM 59.90 nett untuk dewasa dan RM25.00 nett ditawarkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.
SAMBAL SANTAPAN UMMIS HIJAU KASTURI
Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging.Berharga RM19.90 bagi 500gm, semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan.
Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan**
03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).
*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma **
Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Operasi : 8: 30pagi hingga 6:00 petang
Lokasi : G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9
nstagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/