VIKIDS KARNIVAL DI ALAMANDA DAN MESRA MALL GAMAT CUTI SEKOLAH 2024!

Masih lagi sedang berlangsung dengan meriah di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya and Mesra Mall Kemaman dari 23 Februari hingga 10 March 2024.



VIKIDS KARNIVAL

Karnival ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk hari membeli-belah, menjamu selera dan hiburan.

Diserikan dengan karnival yang meriah yang dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah, menyediakan pelbagai permainan karnival yang menyeronokkan dan aktiviti kraf serta seni bina di ruang centre court.



Dengan pelbagai aktiviti dan tarikan, terdapat sesuatu untuk dinikmati oleh semua orang.

Daripada permainan dan bengkel interaktif hingga persembahan langsung dan penampilan istimewa oleh watak yang disayangi, karnival ini menawarkan hari penuh keterujaan dan keseronokan.


Stesen seni dan kraf hingga ke permainan mini dan pertandingan, tiada kekurangan pilihan hiburan. Kanak-kanak boleh mengeluarkan kreativiti dan imaginasi mereka sambil melibatkan diri dalam aktiviti 'hands-on' yang mendidik dan menyeronokkan.

GANJARAN

-Ganjaran menarik dengan "Shoppers Rewards Programme". Sebarang pembelian RM300 dan ke atas di kedai terpilih bakal menerima selimut kanak-kanak eksklusif "We Bare Bear" tajaan Miniso.

-Aktiviti meriah untuk ahli VIKids dan keluarga: Ahli VIKids berpeluang untuk menebus sekeping karnival pas harian secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan, dan menangi hadiah menarik.



-Persembahan karnival menarik: Setiap hujung mingg, karnival bakal diserikan dengan persembahan seperti seni reka bentuk belon badut, persembahan 'juggler' dan yang dinantikan pertunjukkan silap mata.

“Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga.



Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”.

-Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

MESRA MALL KUANTAN

Sementara itu, pusat beli belah Mesra Mall di Kemaman turut menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024. Karnival yang telah berlansung selama 5 hari itu turut menampilkan kerjasama bersama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.

Antara aktiviti menarik yang dijadikan sebagai pengisian sepanjang karnival tersebut berlansung terdiri dari aktiviti berinteraksi dengan haiwan:

Di "Sports Lobby", para keluarga akan berpeluang berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan dan pertunjukan haiwan yang menarik.



BENGKEL

Bengkel kraf serta mewarna turut diadakan sebagai tarikan buat pengunjung yang hadir bersama anak kecil mereka

Selain itu terdapat juga aktiviti kreatif untuk ahli VIKids dimana ahli VIKids berpeluang menyertai bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga, dan bengkel membuat katak menggunakan kertas.

Pertandingan mewarna yang telah berlangsung pada 22 Februari lalu , terbuka untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dengan menawarkan hadiah menarik serta peluang memenangi hamper eksklusif.

Website Alamanda | Facebook Alamanda | Website Mesra Mall | Facebook Mesra Mall

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!