KGW RAIH RM16.73 JUTA DARIPADA IPO PASARAN ACE
KGW Group Berhad (“KGW” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan logistik termasuk perkhidmatan pengangkutan laut, perkhidmatan pengangkutan udara dan perkhidmatan penghantaran barang serta pergudangan dan pengedaran produk berkaitan penjagaan kesihatan dan peranti, hari ini melancarkan prospektus Kumpulan untuk tawaran awam permulaan (“IPO”) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).
IPO itu akan menjana RM16.73 juta melalui terbitan 79.66 juta saham baharu pada harga IPO RM0.21 sesaham untuk membiayai pengembangan masa depan KGW serta untuk modal kerja dan pembayaran balik pinjaman bank. Hasilnya akan digunakan dengan cara berikut:
·
RM2.00 juta untuk mengubah
suai bangunan pejabat tiga tingkat Kumpulan dan gudang dua tingkat bersebelahan
·
RM0.73 juta untuk tujuan modal
kerja
·
RM10.00 juta untuk membayar
balik pinjaman bank
·
RM4.00 juta diperuntukkan
untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian
Pengarah Urusan KGW, Dato’
Roger Wong berkata, “Kami adalah penyedia logistik aset
ringan yang pakar dalam mengurus dan
menyelaraskan pergerakan barangan dalam rantaian bekalan. Daripada memiliki aset
pengangkutan fizikal seperti kapal, kereta api atau pesawat, kami menumpukan
pada menyediakan perkhidmatan yang lebih bernilai kepada pelanggan kami untuk
memudahkan keseluruhan proses penghantaran mereka untuk kecekapan yang lebih
baik dengan memanfaatkan perkongsian dan kerjasama dengan pengendali
pengangkutan sedia ada."
Ketua
Kewangan Korporat TA Securities Holdings Berhad (“TA Securities”), Encik Ku Mun
Fong berkata, “Kumpulan telah membangunkan rangkaian
kukuh dengan penyedia perkhidmatan logistik lain di pelbagai bahagian dunia
sepanjang tahun beroperasi. Ini telah membolehkan Kumpulan mengatur
penghantaran barangan dari Malaysia ke pelbagai lokasi termasuk di Asia,
Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Selatan. Ini memberikan Kumpulan kelebihan
dalam bersaing dan mengembangkan perniagaan.”
Pengarah
Urusan Eco Asia Capital Advisory Sdn. Bhd. (“Eco Asia”), Encik Kelvin Khoo
berkata, “Kumpulan KGW akan melaksanakan beberapa strategi seperti
mengembangkan kumpulan pelanggannya secara aktif yang mengeksport ke destinasi
bukan AS, mengembangkan bilangan pekerjanya untuk meningkatkan operasi,
mengembangkan perkhidmatan pergudangannya untuk produk berkaitan penjagaan
kesihatan dan membangunkan peluang perniagaan baharu untuk perkhidmatan logistik
mereka melalui penyediaan penyelesaian e-dagang. Di
bawah kendalian Dato’ Roger dan pasukan Pengurusannya, kami amat yakin KGW akan
berjaya melaksanakan rancangan perniagaan masa depan mereka selepas
Penyenaraiannya, dan akan dapat mengukuhkan lagi kehadiran mereka dalam
industri logistik.”
KGW
merekodkan hasil sebanyak RM43.38 juta, RM63.52 juta, RM195.42 juta dan
RM229.70 juta masing-masing bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (“FYE
2019”), FYE 2020, FYE 2021 dan FYE 2022. Kumpulan mencatatkan keuntungan
sebelum cukai sebanyak RM0.60 juta, RM2.86 juta, RM20.75 juta dan RM21.87 juta
masing-masing untuk FYE 2019, FYE 2020, FYE 2021 dan FYE 2022.
TA
Securities ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan
untuk IPO manakala Eco Asia ialah Penasihat Kewangan.