SEJUTA KATA LAGU DUET HAZRUL NIZAM DAN DIANA NAZYRA

Satu pasangan sahabat dan penyanyi dari Singapura iaitu Hazrul Nizam dan Diana Nazyra akhirnya merakamkan lagu bersama setelah sekian lama merancang. 

Selama ini buah tangan atau hasrat mereka ini sudah lama tertangguh dek kerana kesibukan masing-masing.

Setelah Hazrul Nizam dikenali semula melalui rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-9, dia bertindak untuk menghubungi Diana Nazyra bagi menzahirkan hasrat mereka yang telah lama tertunda ini. Maka tidak hairanlah apabila Hazrul Nizam tiba-tiba menerima pelawaan untuk merakamkan lagu setelah sekian lamanya.

Lagu duet terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra ini menceritakan kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. 

Meski ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba. 

Bagi menembusi pasaran Malaysia dengan lancar, dua sahabat ini memilih untuk bekerjasama dengan penggubah lagu tempatan, iaitu Hazama dan Omar K.

Dua nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia ini pasti akan memberikan satu kejutan dan kejayaan kepada pasangan duet ini termasuklah buat para peminatnya di Malaysia dan terutamanya di Singapura.

SEJUTA KATA telah dilancarkan pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents.

Jom dengar "Sejuta Kata" sama-sama!

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!