SYOKPPING GILA-GILA HANYA DI ECO-SHOP
Eco-Shop Malaysia telah mengumumkan pelancaran kempen “SYOKPPING GILA-GILA” Dengan Satu Harga di LRT Masjid Jamek bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 Eco-Shop. Pelbagai produk inovatif dan menarik di bawah jenama sendiri diperkenalkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia pada harga yang tetap.
Kepada pengguna LRT mahupun peminat Eco-Shop, jangan lupa singgah pameran dan aktiviti Eco-Shop "SYOKPPING GILA-GILA" dari 1 hingga 31 Julai 2023 di LRT Masjid Jamek.
Beberapa acara dan aktiviti yang menarik disediakan dan jangan lupa tebus salah satu produk di bawah jenama Eco-Shop sendiri tau seperti Kreati, Delicies, Excue, Ganso dan Mama.
Lebih 10,000 pilihan produk yang ditawarkan oleh Eco-Shop yang merangkumi pelbagai segmen termasuk keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, peralatan memasak, mainan serta makanan kucing!
Eco-Shop ada lebih daripada 240 cawangan, so korang tak perlulah nak pergi semua kedai sebab semua kan dah ada. Harga pula semuanya sama dan berpatutan RM2.40 je!
Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop, Cik Jessica Ng telah pun memperkenalkan Eco-App dimana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di Eco-Shop.
Pelanggan yang mendaftar akan menerima 500 mata ganjaran serta-merta, enjoy pelbagai faedah and dapat news update boom, kejap je daripada apps tu! Setakat ni 800 ribu daripada rakyat Malaysia ni dah mula daftar keahlian mereka pada aplikasi Eco-Shop ni.
Dua dekad yang lalu, Eco-shop memulakan perjalanan untuk memperjuangkan jenama harian untuk setiap isi rumah di Malaysia, dan hari ini, Eco-shop dengan bangganya meraikan Ulang Tahunnya yang ke-20. “Kempen “SYOKPPING GILA-GILA" dengan Satu Harga mencerminkan komitmen berterusan Eco-shop dan rasa terima kasihnya kepada masyarakat atas sokongan tidak pernah putus terhadap mereka."
Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan sebolehnya tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global, supaya rakyat Malaysia mampu membeli pelbagai barangan pada harga mampu milik iaitu RM2.40.
Misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk membelinya.
Untuk menambah keterujaan, peraduan Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” menawarkan sehingga RM100,000 nilai Eco-Coins untuk pemenang menebus hadiah pilihan mereka daripada kereta serba baharu kepada hadiah lain seperti Pakej Umrah untuk keluarga, Perjalanan percutian, komputer riba, jam tangan pintar dan banyak lagi.
Kempen ini menjanjikan acara yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan kerana Eco-Shop Malaysia terus mengorak langkah dalam berkhidmat kepada masyarakat dan menyediakan persekitaran mesra keluarga kepada pelanggan sejak dua dekad yang lalu.