KONSERT DOUBLE TROUBLE 2
"Rock never dies" - Slogan yang diakui oleh para rockers seluruh dunia.
Membeli tiket, perjalanan ke lokasi konsert, berjumpa rakan rakan yang satu "kepala' , masuk ke arena konsert, berhimpit dan menantikan rocker legenda membuat persembahan di atas pentas dengan lagu lagu yang membesarkan' kita adalah suatu pengalaman yang bukan selalu dirasai.
Tahun 2022 lalu, arena muzik rock tanah air digegarkan dengan 2 buah konsert yang mendapat sambutan luar biasa sehingga menimbulkan fenomena iaitu Konsert Search Rockin' On Rooftop' di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur pada 11 Jun dan Konsert 'Barbarik Pentas Keras' di Zepp, Kuala Lumpur pada 24 Disember.
Ramai menyifatkan dua konsert tersebut adalah konsert rock terbaik sepanjang tahun 2022.
Lebih sebulan selepas kedua-dua konsert berlangsung, para peminat masih memperkatakannya. Netizen terus borkongsi
pendapat serta memuat naik foto dan visual konsert berkenaan di pelbagai media sosial.
Dari fenomena itu, perancangan telah diusahakan untuk merealisasikan 2 band tersebut di atas satu pentas bagi memenuhi kalendar konsert rock 2023. Pihak produksi teruja untuk membayangkan betapa impaknya apabila Search dan Barbarik bergabung dalam satu edisi konsert yang istimewa.
Alpha Nation dengan jenamanya Rock The City, dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert 'Double Trouble 2' yang membariskan SEARCH & BARBARIK pada 5 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah
Alam, Selangor.
Konsert Double Trouble 2 dianjurkan oleh Alpha Nation, manakala pengurusan produksi oleh Laskhar Entertainment dan Playmad Sdn Bhd. Urusan promosi oleh Mewah Event Management ( (MEM). Hotel F Royale Chulan, The Curve selaku penaja penginapan dan The Curve by Mutiara Spaces menaja lokasi sidang media. Untuk hebahan, Sinar FM bertindak selaku Radio Rasmi Konsert Double Trouble 2 SEARCH & BARBARIK.
Pada dasarnya, penganjuran konsert ini diinspirasikan daripada album Double Trouble 2 yang menggabungkan SEARCH dan WINGS dan diterbitkan pada tahun 1998.
SEARCH ketika itu menampilkan Amy (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Fauzi (bass) dan Allahyarham Yazit (drums), manakala WINGS pula dibarisi Muss (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drums).
Noordin (Din) gitaris SEARCH berpendapat bahawa kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini adalah menampilkan vokalis dan pemuzik berbakat generasi baru selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari BARBARIK. Beliau yakin pasti ada kejutan dalam konsert ini nanti dan akan menjanjikan kepuasan kepada para penonton.
Persembahan berdurasi selama 150 minit ini akan menghidangkan sekitar 26 buah karya lagu lagu mereka yang kebanyakannya sentiasa bermain di minda kita.
Kelibat 5 orang legenda rock tanah air iaitu Din, Kid, Joe Branko, Yan dan Muss dalam kelas mereka yang tersendiri pasti akan memberi impak besar dalam persembahan dan kepuasan kepada para rocker yang hadir. Satu persembahan yang pasti diimpikan dan kini akan menjadi kenyataan.
Bersedialah! DOUBLE TROUBLE 2 . SEARCH & BARBARIK akan melakar satu lagi sejarah industri muzik tempatan.